Friday 9 September 2011

Jemputan Rakaman Aidilfitri Di Kelantan.fm

Beberapa hari sebelum Aidilfitri menjelma baru-baru ini, empat wakil KEMUDI telah dijemput bagi menjayakan rakaman di Kelantan.fm sempena sambutan perayaan berkenaan. Tujuan rakaman terbabit adalah untuk berkongsi pengalaman wakil KEMUDI - Zabidi, Harris, Fathil dan Aizzul bekerja di perantaun pada hari raya. Selain itu, mereka juga turut menyumbangkan suara bagi menyanyikan tiga lagu pada rakaman terbabit.

Bagaimanapun, ketika latihan nyanyian sebelum rakaman bermula, sesuatu telah berlaku kepada Fathil di mana beliau  tiba-tiba pengsan dan terjatuh dari stage hingga menyebabkan latihan terganggu buat sementara waktu. Alhamdulillah, selepas beberapa minit Fathil kembali pulih dan rakaman berjalan seperti biasa walaupun beliau terpaksa menyanyi dengan duduk di atas kerusi.

Saksikan rakaman berkenaan di bawah ini dan admin memohon maaf kerana tidak dapat memuat naik kesemua video pada malam rakaman terbabit (laptop dah uzur.. hehe). Sila tonton dan rasanya belum terlambat bagi admin untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua ahli kelab KEMUDI.