Monday 29 July 2013

KEMUDI SERAH SUMBANGAN KEPADA LIMA BERADIK YATIM PIATU













Berita Sumbangan Nurul Akmar Aida Suhaimi/ Utusan Malaysia

KOTA BHARU: Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) telah menyampaikan bantuan kewangan dan barangan kepada lima beradik yatim piatu yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan di Kampung Chekok di sini.

Presiden KEMUDI, Anwar Husin berkata ini merupakan salah satu aktiviti kelab kemudi pada bulan ramadhan ini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Meskipun jumlah yang disumbangkan tidaklah besar namun ia diharapkan dapat membantu anak-anak yatim itu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

"kali ini pihak kami telah memilih lima beradik yang telah kehilangan ibu bapa untuk meringankan bebanan mereka dalam menjalani kehidupan.

"Saya harap program sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang untuk membantu golongan yang memerlukan agar mereka lebih selesa menjalani kehidupan yang mendatang,"katanya.

Sementara itu, anak sulung daripada lima beradik, Muhamad zulhairie Zainudin,17, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana menerima sumbangan daripada pihak yang masih prihatin akan nasib mereka sekeluarga.

"Saya berterima kasih kepada pihak kemudi kerana sudi menghulurkan bantuan dari segi kewangan serta barangan keperluan untuk membantu kami adik beradik.

"Dengan sumbangan yang diperolehi ini, saya akan gunakan untuk membiayai persekolahan adik- adik dan akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang,"ujarnya.

Menurut muhamad Zulhairie, ini merupakan kali pertama mereka berpuasa dan beraya tanpa bapa tercinta, Zainudin Nafi,43 kerana telah meninggal dunia pada Mei lalu akibat sakit dalam perut.

Malang berganda apabila ibu mereka pula, Habibah Mat Adam,33 meninggal dunia pada tahun 2010 akibat jangkitan kuman.

Muhammad Zulhairie berkata, dia kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi membesarkan serta memastikan empat adiknya berusia antara 7 hingga 15 tahun mendapat pendidikan sempurna bagi menjamin masa depan mereka.

"Walaupun agak berat, demi melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang dan pelajaran yang secukupnya, saya akan gagahkan kudrat untuk menunaikan amanah ini dengan sebaik mungkin.


Saturday 27 July 2013

MESYUARAT KEDUA EXCO KEMUDI 2012/14

Per : MESYUARAT KEDUA EXCO KEMUDI 2012/14

Masa : 9.00 – 10.30 malam
Hari : Isnin
Tarikh : 22 Julai 2013
Tempat : Pejabat Pertubuhan Berita Nasional (Bernama)

Mesyuarat Kedua Exco Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) berlangsung dengan jayanya pada tarikh di atas apabila dihadiri seramai 11 barisan kepimpinannya. Kehadiran Exco adalah seperti berikut :

  1. Anwar Hussin – Presiden
  2. Mazram Idzam Ridzal Mahmud – Setiausaha
  3. Julia Ismail – Penolong Setiausaha
  4. Siti Fatimah Hassan – Bendahari
  5. Zabidi Ishar – AJK
  6. Ismail Muhammad – AJK
  7. Mohamad Rafizi Mohamed – AJK
  8. Yatimin Abdullah – AJK
  9. Rodelio Junjun Taucan – AJK
  10. Zaman Huri Isa – AJK
  11. Mohd Nor Asri Yaacob – AJK

Berikut disertakan beberapa perkara yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan untuk makluman exco Kemudi semua.

BIL
PERKARA
TINDAKAN

1.

Exco Kemudi bersetuju menetapkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tarikh, masa dan lokasi bagaimana pun belum ditentukan lagi.


  




2.
Kemudi turut bersetuju melantik beberapa nama dalam kalangan pengamal media bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) sejak beberapa bulan lalu. Berikut ialah yang dipilih :
1.      Fakri Awang Lah (Bernama) – Publisiti
2.      Rosalwani Che Soh (Sinar Harian) – Keahlian
3.      Siti Fatihah Awang (Sinar Harian) – Keahlian
4.      Mohd Zulfaizan Mansor (B.Harian) – Sukan & Sosial
5.      Zahari Abd Razak (Bernama) – Ekonomi
6.      Suzila Idayu Yaacob (RTM)






3.
Perancangan dan pelaksanaan program Kemudi ditetapkan seperti berikut:
  1. Sumbangan Kemudi kepada lima adik-beradik yatim piatu yang tinggal di Kampung Chekok.
  2. Sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rantau Panjang
  3. Sumbangan kepada ibu bersama dua anaknya yang cacat di Panglima Bayu
  4. Sumbangan kepada ibu cacat bersama 4 anak di Ketereh
  5. Majlis berbuka puasa ahli Kemudi di Restoran Syam, Berek 12, Kota Bharu sekali gus meraikan ahli yang berkahwin (Mohd Zailani Abd Rahman dan Muhammaad Razis Ismail).



Biro Projek Khas – Penyerahan pada 28 Julai (Ahad)
*Satu ke dua sumbangan ini dijangka disempurnakan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Terbuka kepada semua ahli Kemudi


4.
Sumbangan kepada keluarga arwah Mohamed Yaakub, jurukamera sambilan RTM yang meninggal dunia pada 22 April lalu.

Biro Kebajikan
5.
Cadangan untuk menjadikan Pusat Media BN sebagai pejabat Kemudi.
Presiden Kemudi
6.
Cadangan aktiviti sukan ‘intermedia’ Kelantan pada November 2013.
Biro Sukan
7.
Laporan insiden pengamal media dimaki hamun oleh pengawal keselamatan HUSM pada 19 Julai




Disediakan oleh :                                                        Disahkan oleh


......................................................................            ..................................
(MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD)                      (ANWAR HUSSIN)
SETIAUSAHA KEMUDI                                            PRESIDEN KEMUDI

Thursday 25 July 2013

SURAT JEMPUTAN UNTUK MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEMUDI KEPADA LIMA BERADIK YATIM PIATU

 Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi)
(2829-11 KEL)
Lot 184, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09 741 7907 / Faks : 09 747 0100
 

Ruj. Kami : KEMUDI/ FK/10-13
Tarikh : 25 Julai 2013


Semua Ketua Biro
Media cetak dan elektronik Kelantan


Tuan/Puan,


Per : Liputan Majlis Penyerahan Sumbangan Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) Kepada Lima Beradik Yatim Piatu di Kampung Chekok, Kota Bharu.


Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan pihak KEMUDI akan menyampaikan sumbangan amal kepada lima beradik yatim piatu bagi meringankan beban mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.


3. Butiran mengenai program ini adalah seperti berikut :
Hari : Ahad (28 Julai 2013)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Lot 464-B, Lorong Cantik, Kampung Chekok,
Jalan Rambutan Rendang, Kota Bharu.


4. Sehubungan itu, pihak KEMUDI memohon jasa baik tuan/puan menghantar wartawan dan jurufoto masing-masing bagi tujuan membuat liputan mengenai program ini. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,
.................................
(ANWAR HUSSIN)
PRESIDEN KEMUDI


Salinan Kepada
1. Fail KEMUDI

Wednesday 24 July 2013

KATA PUTUS PERTEMUAN DI ANTARA KEMUDI DENGAN HUSM




Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Datuk Zaidon Kamari dan tiga Pegawai Pegawai Awam (PRO) hospital tersebut yang diketuai oleh ketuanya, Wan Azhar di Pejabat New Straits Times Press (NSTP) Bhd, Jalan Kuala Krai, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu,

1. Datuk Zaidun bersetuju mengadakan pertemuan dengan pihak pengawal keselamatan mereka bagi mengelak perkara seperti itu berulang lagi.

2. Dalam kejadian sebelum ini, Datuk Zaidun mendakwa tidak mengetahui kedatangan media kerana tidak memperoleh surat jemputan salinan kepada (sk) kehadiran VIP di hospital berkenaan.

3. Sehubungan itu bagi mengelak perkara ini berlaku, beliau meminta media menghubungi PRO HUSM bagi memaklumkan kedatangan media.

4. Datuk Zaidun berjanji PRO HUSM akan memberi kerjasama yang baik kepada semua media pada masa akan datang. Sekiranya media tidak mendapat kerjasama daripada PRO HUSM, beliau sendiri akan mengambil tindakan.

5. Beliau juga telah mengakui telah menerima teguran keras daripada pegawai atasannya di Pulau Pinang.

Presiden Kemudi, Anwar Hussin berkata beliau membangkitkan masalah tiada kerjasama yang diperoleh media daripada PRO HUSM menyebabkan media hanya dilayan oleh pengawal keselamatan sahaja.

Kemudi turut membangkitkan betapa efisiennya PRO HRPZII, En Zaid Ahmad. Bagaimanapun Ketua PRO HUSM En Wan Azhar berjanji akan membaiki keadaantersebut.

Kemudi ingin memberi peluang kepada HUSM bagi membaiki keadaan ini seperti yang dimaklumkan dalam surat kepada HUSM

Berikut adalah nombor telefon PRO HUSM:

Wan Azhar 017 2002 105
Sheila 013 985 3884
Laila 012 957 4647

Sila hubungi mereka jika anda berada di HUSM.

SURAT KEPADA HUSM BERIKUTAN PENGAMAL MEDIA DIHERDIK DAN DIHALAU DARI MEMBUAT LIPUTAN

(2829-11 KEL)
Lot 184, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09 741 7907 / Faks : 09 747 0100

Ruj. Kami : KEMUDI/ FK/07-13
Tarikh : 24 Julai 2013

Pengarah,
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.
(u.p : Dato’ Dr. Zaidun Kamari)

Dato’,

Per : Insiden Pengamal Media Dihalau dan Diherdik Pengawal Keselamatan HUSM Pada 19 Julai 2013.

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) kesal dan memandang serius insiden wartawan dan jurugambar dihalau dan diherdik dengan kasar oleh pengawal keselamatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 19 Julai lalu.

3. Kejadian itu bukan kali pertama dihadapi pengamal media di negeri ini ketika melakukan tanggungjawab mereka di HUSM. Pada 19 Julai lalu, media mendapat jemputan mengenai lawatan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa dan Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye, ke HUSM bagi menziarahi Inspektor Farid Hasni Mamat, yang kemalangan ketika bertugas di Kuala Besut.

4. Berbeza sekiranya lawatan orang kenamaan (VIP) di hospital lain, kehadiran media akan dibantu oleh Pegawai Perhubungan Awam (PRO) bagi memudahkan tugasan dilakukan, bagaimanapun di HUSM, tiada PRO yang membantu tapi kedatangan media disambut dengan herdikan dan dihalang daripada menjalankan tugas oleh pengawal keselamatan.

5. Sebahagian besar pengamal media yang bertugas ketika itu menganggap mereka dilayan seperti 'penjenayah' sehingga memalukan mereka di hadapan orang ramai. Malah, pihak pengawal keselamatan cuba merampas kad memori kamera daripada jurugambar. Tindakan menghalang pengamal media itu menunjukkan pihak HUSM langsung tidak memahami tugas mereka dalam membuat liputan.

6. KEMUDI ingin tahu di mana fungsi PRO di HUSM yang sepatutnya memberi kerjasama dan menyelesaikan masalah pengamal media ketika mereka hadir menjalankan tugas di hospital terbabit. Adalah tidak logik jika mereka tidak mengetahui kehadiran media yang menerima jemputan untuk membuat liputan kehadiran orang kenamaan di situ.

7. Ketika kunjungan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi ke HUSM pada 22 Julai lalu bagi melawat pesakit yang sama, pengamal media membuat keputusan untuk tidak bersama menteri. Ini berikutan kami bimbang kejadian memalukan yang menimpa baru-baru ini akan berulang lagi.

Seorang pegawai kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memujuk media supaya menyertai lawatan bersama menteri berkenaan dan mengadakan sidang media di dalam wad berkenaan. Oleh sebab tidak ada pegawai PR menyelesaikan masalah ketika itu, kami membuat keputusan untuk menunggu di pekarangan HUSM dan sidang akhbar akhirnya terpaksa diadakan di situ.

8. KEMUDI yang dianggotai 15 agensi media cetak dan elektronik seluruh negeri terpaksa mengambil tindakan memulau segala aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak, HUSM dan USM selagi situasi seperti di atas tidak diperbetulkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………….
(ANWAR HUSSIN)
Presiden KEMUDI

Salinan kepada :

1. Prof. Dato’ Mafauzy Mohamad,
Pengarah Kampus Kesihatan USM,
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.

2. Datuk Seri Mustapa Mohamed,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
Bangunan UMNO Kelantan,
Jalan Tengku Chik,
15000 Kota Bharu, Kelantan.

3. Datuk Makhtar Mustapha,
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan,
Unit Penyelarasan Dan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Tingkat 13, Menara Perbadanan,
Jalan Tengku Petra Semerak,
15000 Kota Bharu, Kelantan.

4. Mohamad Abdullah,
Pejabat Naib Canselor,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.

5. Semua Ketua Biro media cetak dan elektronik Kelantan

6. Fail KEMUDI