Saturday 10 September 2011

Timbalan Presiden KEMUDI masuk wad

Pagi ini, KEMUDI dikejutkan dengan berita mengenai Timbalan Presiden KEMUDI, Harris Hazri Abdul Halim yang dimasukkan ke wad Hopital Perdana akibat tonsil yang semakin membengkak.
Sebelum ini, Harris pernah mendapatkan rawatan di Hospital Perdana pada Khamis lalu kerana demam dan doktor menasihati beliau supaya tinggal di wad untuk beberapa hari, namun beliau menolaknya.

Selepas mendapatkan rawatan pada malam Jumaat itu, Harris kembali bekerja dan sempat menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Media Prima-Kumpulan NSTP di Stesen Pemancar TV3 di Peringat, pagi semalam dan kami menyangka beliau hampir pulih, dan kesakitan di bahagian tonsilnya tidak berada pada tahap yang teruk.

Bagaimanapun, daripada maklumat yang diterima admin pada pagi ini memaklumkan Harris ditahan di wad untuk rawatan lanjut kerana tonsilnya semakin membengkak. Beberapa ahli kelab KEMUDI telah melawatnya pada pagi tadi di hospital berkenaan (Bilik 515) dan Alhamdulillah, kesihatannya semakin pulih.

Kami di Kelab KEMUDI mendoakan agar Timbalan Presiden cepat sembuh dan dapat kembali bersama-sama rakan seperjuangan secepat yang mungkin.