Wednesday 4 December 2013

PEMAKLUMAN: MAJLIS MAKAN MALAM 2013


Salam rakan media Kelantan. Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sekali lagi berkolaborasi mengadakan majlis makan malam yang bertemakan konsep tradisional.

Semua AHLI Kemudi dijemput hadir pada 20 Disember (Jumaat), bertempat di sebuah hotel yang akan ditentukan kemudian.

Majlis yang dijangka gilang gemilang dengan masing-masing memakai pakaian berkonsepkan tradisional itu akan bermula pada pukul 8 malam.

Majlis itu dijangka akan dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan lebih 100 Pegawai Perhubungan Awam di negeri Kelantan.

Majlis malam itu juga akan diwarnai pelbagai persembahan termasuk daripada selebriti terkenal Kemudi dan juga cabutan nombor bertuah.

Sehubungan itu mana-mana AHLI diminta dapat menjelaskan yuran tahunan berjumlah RM20 bagi staf dan RM10 (stringer) manakala yang ingin menjadi AHLI Kemudi perlu menyertainya selewat-lewatnya pada 10 Dis in kepada Bendahari Cik Siti Fatimah Hasan (Harian Metro).

Segala maklumat mengenai program itu AHLI boleh menghubungi Presiden Kemudi, Sdr Anwar Aminuddin Hussin, Pengarah Progran Azran Fitri Rahim dan Exco Kemudi. Sekian dimaklumkan.