(2829-11 KEL)
Lot 184, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09 741 7907 / Faks : 09 747 0100
Ruj. Kami : KEMUDI/ FK/07-13
Tarikh : 24 Julai 2013
Pengarah,
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.
(u.p : Dato’ Dr. Zaidun Kamari)
Dato’,
Per : Insiden Pengamal Media Dihalau dan Diherdik Pengawal Keselamatan HUSM Pada 19 Julai 2013.
Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) kesal dan memandang serius
insiden wartawan dan jurugambar dihalau dan diherdik dengan kasar oleh
pengawal keselamatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 19
Julai lalu.
3. Kejadian itu bukan kali pertama dihadapi
pengamal media di negeri ini ketika melakukan tanggungjawab mereka di
HUSM. Pada 19 Julai lalu, media mendapat jemputan mengenai lawatan Ketua
Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa dan Ketua Polis Melaka, Datuk
Chua Ghee Lye, ke HUSM bagi menziarahi Inspektor Farid Hasni Mamat, yang
kemalangan ketika bertugas di Kuala Besut.
4. Berbeza
sekiranya lawatan orang kenamaan (VIP) di hospital lain, kehadiran media
akan dibantu oleh Pegawai Perhubungan Awam (PRO) bagi memudahkan
tugasan dilakukan, bagaimanapun di HUSM, tiada PRO yang membantu tapi
kedatangan media disambut dengan herdikan dan dihalang daripada
menjalankan tugas oleh pengawal keselamatan.
5. Sebahagian
besar pengamal media yang bertugas ketika itu menganggap mereka dilayan
seperti 'penjenayah' sehingga memalukan mereka di hadapan orang ramai.
Malah, pihak pengawal keselamatan cuba merampas kad memori kamera
daripada jurugambar. Tindakan menghalang pengamal media itu menunjukkan
pihak HUSM langsung tidak memahami tugas mereka dalam membuat liputan.
6. KEMUDI ingin tahu di mana fungsi PRO di HUSM yang sepatutnya memberi
kerjasama dan menyelesaikan masalah pengamal media ketika mereka hadir
menjalankan tugas di hospital terbabit. Adalah tidak logik jika mereka
tidak mengetahui kehadiran media yang menerima jemputan untuk membuat
liputan kehadiran orang kenamaan di situ.
7. Ketika kunjungan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi ke HUSM pada 22
Julai lalu bagi melawat pesakit yang sama, pengamal media membuat
keputusan untuk tidak bersama menteri. Ini berikutan kami bimbang
kejadian memalukan yang menimpa baru-baru ini akan berulang lagi.
Seorang pegawai kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memujuk media supaya
menyertai lawatan bersama menteri berkenaan dan mengadakan sidang media
di dalam wad berkenaan. Oleh sebab tidak ada pegawai PR menyelesaikan
masalah ketika itu, kami membuat keputusan untuk menunggu di pekarangan
HUSM dan sidang akhbar akhirnya terpaksa diadakan di situ.
8.
KEMUDI yang dianggotai 15 agensi media cetak dan elektronik seluruh
negeri terpaksa mengambil tindakan memulau segala aktiviti atau program
yang dijalankan oleh pihak, HUSM dan USM selagi situasi seperti di atas
tidak diperbetulkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………….
(ANWAR HUSSIN)
Presiden KEMUDI
Salinan kepada :
1. Prof. Dato’ Mafauzy Mohamad,
Pengarah Kampus Kesihatan USM,
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.
2. Datuk Seri Mustapa Mohamed,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
Bangunan UMNO Kelantan,
Jalan Tengku Chik,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
3. Datuk Makhtar Mustapha,
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan,
Unit Penyelarasan Dan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Tingkat 13, Menara Perbadanan,
Jalan Tengku Petra Semerak,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
4. Mohamad Abdullah,
Pejabat Naib Canselor,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.
5. Semua Ketua Biro media cetak dan elektronik Kelantan
6. Fail KEMUDI